Pada 2 November 2022, telah berlangsung sesi lawat periksa pengoperasian Kafeteria di Fakulti Sains dan Teknologi (FST) oleh YBrs. Dr. Mustazar Mansur, Timbalan Pengarah Eksekutif (Pengurusan Fasiliti dan Digital), Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM). Lawatan ini bertujuan untuk meninjau operasi harian kafeteria serta berjumpa dengan para pelajar dan pengendali kafeteria bagi mendapatkan pandangan serta menjalinkan hubungan mesra melalui sesi sapa kenal.