Sesi Lawatan dan Periksa Tapak bagi Projek Naik Taraf Blok 2 & 3 oleh Timbalan Pengarah Eksekutif (Strategi Pembangunan Hartanah)

11 Januari 2024

Satu sesi lawatan dan pemeriksaan tapak telah diadakan bagi meninjau perkembangan Projek Naik Taraf Blok 2 dan Blok 3 yang sedang dijalankan di UKM. Lawatan ini diketuai oleh Timbalan Pengarah Eksekutif (Strategi Pembangunan Hartanah), Prof. Madya Ar. Dr. Farid bersama Sr Ts Mohammad Firdaus Ishak dan Encik Mohammad Ammar dari pihak JANA@UKM. Turut hadir dalam sesi ini ialah wakil daripada syarikat pelaksana projek, Encik Norman, bagi memberi taklimat teknikal dan kemas kini status semasa projek.

Lawatan ini bertujuan untuk memastikan kerja-kerja naik taraf yang dilaksanakan menepati spesifikasi yang ditetapkan serta mematuhi garis masa dan standard kualiti yang telah dirancang. Pemeriksaan secara fizikal di tapak turut melibatkan semakan terhadap aspek keselamatan, struktur binaan serta penambahbaikan ruang fasiliti sedia ada. Inisiatif ini mencerminkan komitmen JANA@UKM dalam memastikan setiap projek pembangunan hartanah dijalankan secara terancang, efisien dan memberi manfaat jangka panjang kepada universiti.