Sesi Lawatan Tapak Stesen dan Pejabat Operasi bagi Alat Mobiliti Persendirian (E- Scooter)

20 Februari 2024

Satu sesi lawatan tapak telah diadakan pada 20 Februari 2024 bagi meninjau lokasi cadangan stesen dan pejabat operasi bagi perkhidmatan alat mobiliti persendirian (e-scooter) yang dirancang untuk diperkenalkan di kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Lawatan ini merupakan sebahagian daripada proses awal pelaksanaan inisiatif mobiliti lestari di kampus, selaras dengan komitmen UKM ke arah pengangkutan yang mesra alam dan lebih efisien.

Sesi lawatan ini telah dihadiri oleh wakil daripada JANA@UKM, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP), Bahagian Keselamatan UKM, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP-UKM), serta pihak pengendali perkhidmatan, Beam Mobility Sdn. Bhd. Turut dibincangkan dalam lawatan ini adalah aspek keselamatan pengguna, susun atur lokasi stesen, aliran trafik, serta penyelarasan dengan keperluan dan dasar universiti. Inisiatif ini diharapkan dapat meningkatkan kemudahan mobiliti dalam kampus sambil menyokong matlamat kelestarian dan teknologi pintar di UKM.