Sesi Perbincangan Pelawaan Cadangan (RFP) Ruang Iklan UKM

20 September 2022

Pada 20 September 2022, telah diadakan sesi perbincangan bersama pihak syarikat MEDIAHOUSE Sdn. Bhd. berkenaan Pelawaan untuk Cadangan (Request for Proposal, RFP) bagi pengoperasian dan pemasaran ruang-ruang iklan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Perbincangan ini bertujuan untuk meneroka potensi kerjasama strategik dalam pengurusan ruang iklan secara lebih sistematik dan berimpak, sejajar dengan usaha UKM dalam memaksimumkan penjanaan hasil universiti melalui aset sedia ada.