Sesi Perbincangan Penyelarasan Pengoperasian yang dipengerusi oleh Timbalan Pengarah Eksekutif JANA@UKM, Prof. Madya Dr. Mustazar Mansur bersama-sama wakil Jabatan Pembangunan Prasarana (JPP), Pusat Perumahan Pelajar (PPP) dan Kolej Ungku Omar (KUO) kepada syarikat-syarikat yang telah berjaya dalam Bidaan Penjanaan bagi Lot Kafeteria (Cafeteria Sudep Panas) , Kiosk Barista (kopirewang), Dobi Berpusat (Cuci Baju) dan Kedai Serbaneka (MyNews) di KUO. Berikut dilampirkan juga gambaran awal premis-premis ini setelah siap dibina yang akan memberi perkhidmatan kepada pelajar UKM terutama warga KUO.
Tahniah diucapkan kepada syarikat-syarikat yang telah berjaya dan semoga memberi khidmat terbaik kepada warga UKM.