Pada 21 Julai 2022 (Khamis), telah berlangsung Sesi Taklimat dan Lawatan Tapak berkenaan Pelawaan Untuk Cadangan (Request for Proposal – RFP) bagi menaik taraf serta menguruskan Projek Sistem Infrastruktur Telekomunikasi Smart Campus Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sesi ini diadakan di Dewan Kuliah, Kompleks Tun Abdullah Mohd. Salleh (KTAMS) dan melibatkan penyertaan syarikat-syarikat yang berminat. Tujuan utama taklimat ini adalah untuk memberikan penerangan lanjut mengenai keperluan teknikal dan skop projek, serta membolehkan bakal penyedia perkhidmatan memahami persekitaran tapak sebelum mengemukakan cadangan.