Pada 9 September 2022, telah berlangsung Sesi Taklimat bersama UKMSHAPE serta perbincangan penambahbaikan proses kerja melibatkan Jabatan Pembangunan Prasarana (JPP) UKM bertempat di Bangi Resort Hotel. Sesi ini diadakan bagi memperkukuh kefahaman dan kerjasama antara jabatan serta menambah baik prosedur kerja sedia ada ke arah pengurusan yang lebih efisien dan sistematik.