TAHNIAH DAN SYABAS ATAS KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL
Warga JANA@UKM ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada seramai 10 orang Pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional yang telah berjaya dinaikkan pangkat secara hakiki dalam skim perkhidmatan masing-masing.
Majlis penyerahan surat tawaran telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Zanudin Mohd Daud, Pendaftar UKM pada 23 Oktober 2025 bertempat di Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar. Majlis turut dihadiri oleh YBrs. Encik Mohd Azli Mohd Kasirun, Bendahari, YBrs. Encik Hazmir Zainal, Ketua Pustakawan dan Encik Aizam Abu Bakar, Ketua Unit Perjawatan & Kenaikan Pangkat.
Semoga kenaikan pangkat ini menjadi dorongan kepada semua untuk terus menyumbang khidmat bagi kecemerlangan Universiti.


