Issue logo

Jurnal Ekonomi Malaysia

59 (3) 2025 27 – 43


Anteseden Keberkesanan Mekanisme Pengagihan Zakat bagi Keberhasilan Pembasmian Kemiskinan : Aplikasi Kajian Literatur Sistematik dan ADO
Antecedents of the Effectiveness of Zakat Distribution Mechanisms for Successful Poverty Alleviation: Application of Systematic Literature Review and ADO Framework

Institut Islam Hadhari
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

suffianesa@gmail.com

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM, Bangi Selangor, MALAYSIA

hairun@ukm.edu.my

Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM, Bangi Selangor, MALAYSIA

salmy1001@ukm.edu.my

Abstract

Kajian menjalankan analisis literatur sistematik terhadap mekanisme pengagihan zakat. Metodologi kajian menggunakan model anteseden, keputusan dan hasil (ADO) bagi menstrukturkan ulasan dengan mematuhi protokol PRISMA. Berdasarkan strategi pencarian sistematik, 34 artikel dipilih bagi tempoh 2020 hingga 2024. Dapatan kajian ini memberikan gambaran menyeluruh dan teratur tentang anteseden seperti kemiskinan, krisis, kecekapan dan keberkesanan, serta keputusan meliputi agihan konsumtif, agihan produktif dan inovasi, termasuk keberhasilan dalam konteks mikroekonomi dan makroekonomi terhadap mekanisme pengagihan zakat. Perbincangan kritikal selanjutnya menumpukan kepada topik evolusi, permasalahan, cabaran dan usaha pemerkasaan dalam pelaksanaan pengagihan zakat. Selain itu, kajian turut mengenal pasti jurang literatur yang penting kerana kebanyakannya masih mengabaikan aspek sikap dan tingkah laku sebagai punca utama berlakunya masalah kemiskinan dalam kalangan asnaf. Kajian ini merupakan kajian pertama yang menganalisis literatur berkaitan mekanisme pengagihan zakat dengan menggunakan model ADO serta membincangkan cadangan Teori Paternalisme yang diperluas melalui penambahan dimensi agama dalam program Bantuan Tunai Bersyarat sebagai agenda penyelidikan masa hadapan. Secara keseluruhan, kajian ini menyumbang idea kepada pembuat dasar untuk mengenal pasti kekuatan, kelemahan, cabaran dan peluang, serta menentukan amalan terbaik bagi meningkatkan kecekapan serta keberkesanan pengagihan zakat. Kajian ini juga membantu memperkukuh pemahaman terhadap evolusi literatur mekanisme pengagihan zakat serta jurang kajian yang berpotensi untuk diterokai oleh penyelidik.

Keywords

Bantuan tunai bersyarat; kemiskinan; model ADO; pengagihan zakat; tingkah laku asnaf

Bibliography

Export Bibliography

Mohamed Esa, M. S., Wahid, H., & Yaacob, S. E. (2025). Anteseden Keberkesanan Mekanisme Pengagihan Zakat bagi Keberhasilan Pembasmian Kemiskinan : Aplikasi Kajian Literatur Sistematik dan ADO. Jurnal Ekonomi Malaysia, 59(3), 27–43. http://dx.doi.org/10.17576/JEM-2025-5903-3

@article{esa2025anteseden,
  title={Anteseden Keberkesanan Mekanisme Pengagihan Zakat bagi Keberhasilan Pembasmian Kemiskinan : Aplikasi Kajian Literatur Sistematik dan ADO},
  author={Mohamed Esa, Mohd Suffian and Wahid, Hairunnizam and Yaacob, Salmy Edawati},
  journal={Jurnal Ekonomi Malaysia},
  volume={59},
  number={3},
  pages={27—43},
 

year={2025},
}


Receive updates when new articles are published.