Jurnal Ekonomi Malaysia
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.
Email: norain@ukm.edu.my
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis penentu mikroekonomi dan institusi yang mendasari ketegaran permintaan terhadap Pasar Awam Basah (PAB) di Lembah Klang berlandaskan kerangka integratif Teori Nilai Pengguna atau Theory of Consumption Value (TCV) dan Ekonomi Institusi Baru atau New Institutional Economics (NIE). Kajian menggunakan pendekatan kualitatif rigor melalui temu bual mendalam yang melibatkan seramai 34 orang informan di lapan lokasi strategik. Data dianalisis menggunakan perisian NVivo 14 bagi memetakan frekuensi respons sebagai proksi pemberatan utiliti. Dapatan empirikal mengesahkan kewujudan “Model Kerelevanan Berkembar” yang memperlihatkan kelestarian PAB dipacu oleh sinergi antara Nilai Fungsian Teras (harga dan kesegaran) serta Nilai Sosial Transaksional (modal sosial). Interaksi sosial didapati berfungsi sebagai mekanisme ekonomi yang mengurangkan kos transaksi dan mengurangkan asimetri maklumat. Walau bagaimanapun, kelemahan sanitasi dikenal pasti sebagai kegagalan penyediaan barang awam yang bertindak sebagai faktor penyusut utiliti pengguna. Kajian mencadangkan anjakan paradigma tatakelola Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menerusi strategi Smart-Hygiene dan pengurusan kolaboratif berasaskan komuniti, selaras dengan aspirasi Ekonomi MADANI bagi memperkasa perusahaan mikro dan menjamin sekuriti makanan negara. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis secara mendalam penentu mikroekonomi dan institusi yang mendasari ketegaran permintaan terhadap Pasar Awam Basah (PAB) di Lembah Klang bagi mendepani dominasi pasar raya moden. Berlandaskan kerangka integratif Teori Nilai Pengguna (TCV) dan Ekonomi Institusi Baru (NIE), kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif rigor menerusi temu bual mendalam yang melibatkan seramai 34 orang informan di lapan lokasi strategik. Analisis data menggunakan perisian NVivo 14 mengesahkan kewujudan “Model Kerelevanan Berkembar” yang menunjukkan bahawa kelestarian PAB dipacu oleh sinergi antara Nilai Fungsian Teras, iaitu harga dan kesegaran dengan Nilai Sosial Transaksional yang merangkumi modal sosial dan kontrak hubungan. Interaksi sosial di PAB didapati berfungsi sebagai mekanisme ekonomi efektif bagi mengurangkan kos transaksi dan mengurangkan risiko asimetri maklumat, walaupun kelemahan sanitasi dikenal pasti sebagai kegagalan penyediaan barang awam yang menyusutkan utiliti pengguna. Justeru, kajian mencadangkan anjakan paradigma tatakelola Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), iaitu daripada pendekatan konvensional kepada strategi Smart-Hygiene dan pengurusan kolaboratif berasaskan komuniti, selaras dengan aspirasi Ekonomi MADANI untuk memperkasa perusahaan mikro dan menjamin sekuriti makanan negara.
JEL Codes
Bibliography
@article{mazlan2026kerelevanan,
title={Kerelevanan Pasar Awam Basah Terhadap Pengguna di Lembah Klang: Analisis NVIVO},
author={Mazlan, Muhammad Izrin and Mod Asri, Norain and Sofiya, Adlin Nur and Abdullah Al-Hadi, Azrina and Chamhuri, Norshamliza},
journal={Jurnal Ekonomi Malaysia},
volume={60},
number={1},
pages={—},
}
Receive updates when new articles are published.

