Issue logo

Jurnal Ekonomi Malaysia

21/22 1990 265 – 304


Peranan Industri Desa dalam Pembangunan Industri

Fakulti Ekonomi
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor D.E.


Fakulti Ekonomi
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor D.E.


Fakulti Ekonomi
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor D.E.


Abstract

Kertas ini cuba meninjau peranan industri desa dalam konteks negara menuju era perindustrian yang lebih pesal. Petunjuk·petunjuk ekonomi semakin menunjukkan sektor perindustrian sebagai “enjin” yang diperlu- kan untuk mengekalkan pertumbuhan yang berkekalan. Transformasi struktur yang berlaku semakin menunjukkan peningkatan sumbangan sektor industri daripada segi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) (ladual I) mengatasi sumbangan sektor pertanian yang dahulunya men- jadi tunggak ekonomi negara. Daripada segi pertumbuhan, sektor perin- dustrian yang mengalami pertumbuhan antara 10% – 15% dalam tahun 1987-89 merupakan sektor yang mengalarni kadar pertumbuhan tahunan yang tertinggi. Daripada segi gunatenaga (ladual 2) walaupun sektor pertanian masih mengekalkan bahagian yang terbesar, tetapi bahagiannya telah stabil dan kian menurun, manakala sumbangan sektor industri kian meningkat. Dalam pada itu sektor desa terus dilanda masalah berkait dengan kadar kemiskinan yang tinggi serta ketaksetaraan bandar desa. Pada tahun 1987, kadar kemiskinan desa ialah 22.4% berbanding dengan 8.1 % di bandar. Terdapat kira-kira 403,200 isirumah miskin di desa, berbanding dengan 82,600 di bandar. Tambahan pula, terdapat kira· kira 215,000 isirumah yang tergolong ke dalam golongan termiskin yang sebahagian besarnya terdapat di kawasan-kawasan desa yang tersisih daripada arus pembangunan. Pendapatan purata bulanan sektor desa ialah $853 berbanding dengan $ 1467 di sektor bandar (Malaysia 1989). Walaupun ketaksetaraan pendapatan desa-bandar semakin kecil, pendapatan sektor desa pada tahun 1987 hanya merupakan 58.1 % daripada pendapatan sektor bandar. Data·data juga menunjukkan bahawa


Bibliography

Export Bibliography

siwar, , Zin, , & Jaafar, (1990). Peranan Industri Desa dalam Pembangunan Industri. Jurnal Ekonomi Malaysia, 21/22, 265–304.

@article{siwar1990peranan,
  title={Peranan Industri Desa dalam Pembangunan Industri},
  author={siwar, Chamhuri and Zin, Ahmad and Jaafar, Abdul Hamid},
  journal={Jurnal Ekonomi Malaysia},
  volume={21/22},
  number={},
  pages={265—304},
 

year={1990},
}


Receive updates when new articles are published.