{"id":9443,"date":"2026-07-31T16:33:32","date_gmt":"2026-07-31T08:33:32","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ukm.my\/jem\/?post_type=article&#038;p=9443"},"modified":"2026-07-31T16:33:32","modified_gmt":"2026-07-31T08:33:32","slug":"analisis-hubungan-antara-faktor-faktor-makroekonomi-dengan-sekuriti-makanan-global","status":"publish","type":"article","link":"https:\/\/www.ukm.my\/jem\/article\/analisis-hubungan-antara-faktor-faktor-makroekonomi-dengan-sekuriti-makanan-global\/","title":{"rendered":"Analisis Hubungan antara Faktor-faktor Makroekonomi dengan Sekuriti Makanan Global"},"content":{"rendered":"<p><em>Berhadapan dengan ketidaktentuan ekonomi global yang semakin meningkat, sekuriti makanan muncul sebagai cabaran utama yang memberikan implikasi langsung terhadap kesejahteraan sosial dan kestabilan pembangunan negara. Kajian ini bertujuan untuk menilai kesan faktor-faktor makroekonomi terhadap Indeks Keselamatan Makanan Global (GFSI) dan subindeksnya (Ketersediaan, Kemampuan, Kualiti dan Keselamatan serta Kelestarian dan Adaptasi) menggunakan data panel melibatkan 94 buah negara bagi tempoh 2012 hingga 2022. Analisis menggunakan Kaedah Momen Teritlak (GMM) Sistem bagi menangkap hubungan dinamik terhadap sistem sekuriti makanan global. Hasil kajian menunjukkan bahawa stok modal, pertumbuhan populasi, taburan hujan dan dami negara pengeksport bersih makanan memberikan kesan positif terhadap sekuriti makanan. Sebaliknya, kadar inflasi, pertumbuhan ekonomi, buruh pertanian serta dami pengimport bersih makanan didapati menjejaskan tahap sekuriti makanan. Dapatan ini mengesahkan bahawa kestabilan sekuriti makanan bukan sahaja bergantung kepada kapasiti pengeluaran makanan, tetapi turut dipengaruhi oleh struktur ekonomi, kestabilan harga dan dinamik perdagangan antarabangsa. Sumbangan kajian ini terletak pada penyediaan bukti empirikal merentas 94 negara dengan mengambil kira sifat dinamik perdagangan makanan, iaitu sesebuah negara boleh bertukar status antara pengeksport dengan pengimport bersih mengikut perubahan ekonomi dan harga global. Dapatan kajian ini menyediakan asas bagi penggubalan dasar sekuriti makanan yang berkesan melalui pengukuhan pengeluaran domestik, kestabilan harga dan strategi perdagangan makanan.<\/em><\/p>\n","protected":false},"template":"","tags":[2047,2048,2046,2049],"jel-code":[],"article-type":[1329],"class_list":["entry","author-asriwn","post-9443","article","type-article","status-publish","tag-faktor-faktor-makroekonomi","tag-indeks-gfsi","tag-sekuriti-makanan-global","tag-sgmm","article-type-normal-article"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/jem\/wp-json\/wp\/v2\/article\/9443","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/jem\/wp-json\/wp\/v2\/article"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/jem\/wp-json\/wp\/v2\/types\/article"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/jem\/wp-json\/wp\/v2\/article\/9443\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9453,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/jem\/wp-json\/wp\/v2\/article\/9443\/revisions\/9453"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/jem\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9443"}],"wp:term":[{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/jem\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9443"},{"taxonomy":"jel-code","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/jem\/wp-json\/wp\/v2\/jel-code?post=9443"},{"taxonomy":"article-type","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/jem\/wp-json\/wp\/v2\/article-type?post=9443"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}