Program Sarjana Kejuruteraan Kimia ditawarkan oleh Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Proses dalam bentuk program kerja kursus. Ia menawarkan kursus-kursus teras bidang kejuruteraan kimia seperti reka bentuk sistem, proses tindak balas lanjutan, teknologi pemisahan lanjutan, dinamik dan kawalan proses lanjutan, dan teknik simulasi untuk aplikasi kejuruteraan kimia. Pelajar diberi pilihan memilih 4 kursus elektif dari pelbagai aspek kejuruteraan kimia iaitu yang berkaitan dengan bidang bioproses, kelestarian teknologi proses, tenaga, keselamatan proses dan pengurusan sisa. Selain itu, pelajar berpeluang mengembangkan kemahiran penyelidikan melalui kursus projek penyelidikan. Di akhir program ini, pelajar diharap memperoleh ilmu kejuruteraan kimia terkini, dan berupaya memenuhi kehendak industri dan pihak berkepentingan di dalam dan juga di luar negara.
Salah satu daripada kriteria di bawah:
Kriteria 1
PNGK 2.50 ke atas : Ijazah Sarjana Sarjana Muda Kejuruteraan dengan Kepujian atau Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan/ setaraf
Kriteria 2
PNGK 2.0 – 2.49 : Sarjana Muda Kejuruteraan atau dalam bidang berkaitan atau yang setara dengan penilaian dalaman yang rapi
Kriteria 3
PNGK 3.00 ke atas : Ijazah Sarjana Muda Sains dengan kepujian (selain bidang kejuruteraan) atau Ijazah Sarjana Muda Teknologi (selain bidang kejuruteraan) / setaraf
Kriteria 4
PNGK 2.99 ke bawah : Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (selain bidang kejuruteraan) atau Ijazah Sarjana Muda Teknologi (selain bidang kejuruteraan)/ setara dengan penilaian dalaman yang rapi
Kriteria 5
Memenuhi Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL A) untuk calon warganegara sahaja:
a) Berumur sekurang-kurangnya 30 tahun pada tarikh permohonan
b) Lulus diploma dalam bidang berkaitan atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan Senat Universiti;
c) Kelayakan lain yang setara;
d) Memiliki Sijil Perakuan APEL MQA dengan Tahap 7 MQF
Mod Pengajian: Kerja Kursus
Sepenuh Masa: 1½ -2 tahun
Separuh Masa: 2- 4 tahun
Kuliah bermula 6:00-9:00pm, Isnin-Khamis
Keperluan Bahasa Inggeris bagi calon antarabangsa adalah seperti berikut:
a. Skor minimum 5.5 untuk IELTS atau setara dengan mana-mana peperiksaan yang telah dijajarkan kepada The Common Europeon Framework of Reference (CEFR) seperti yang diluluskan oleh Senat
ATAU
b. Surat pengesahan kelayakan akademik yang diperoleh menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar yang dikeluarkan oleh Universiti berkenaan
ATAU
c. Calon yang belajar dari negara yang diwartakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi (rujuk The International Academic Grade Guide 2nd Edition)
Sila hubungi penyelaras – Ir. Dr. Nor Yuliana Yuhana di yuliana@ukm.edu.my untuk maklumat lanjut.
Semester Kod Kursus Nama Kursus Kategori Unit
Semester I KKKF6013 Kaedah Penyelidikan untuk Sains dan Teknologi W 3
KKKK6193 Reka Bentuk Sistem W 3
KKKK6573 Proses Tindak Balas Lanjutan W 3
KKKK6173 Teknologi Pemisahan Lanjutan W 3
CMIE6013/
CMIE6213Keusahawanan Sosial
ATAU
Inovasi Produk dan KeusahawananW 3
LMCM1083/
LMCM1093Bahasa Melayu Komunikasi Antarabangsa
ATAU
Bahasa Melayu untuk Pelajar NusantaraAU –
Jumlah Unit 15
Semester II KKKF6016 Projek Penyelidikan 1 W 6
KKKK6163 Dinamik dan Kawalan Proses Lanjutan W 3
KKKK6283 Teknik Simulasi Untuk Aplikasi Kejuruteraan Kimia W 3
Elektif I & Elektif II (Pilih 2 kursus sahaja)
KKKK6233 Kejuruteraan Bioproses P 3
KKKK6243 Proses Hiliran Biologi P 3
KKKK6383 Penukaran Biojisim dan Biorefineri P 3
KKKK6373 Nanobahan dan Nanoteknologi P 3
KKKS6263 Teknologi Karbon Rendah P 3
KKKK6273 Teknologi Hidrogen dan Sel Fuel P 3
KKKK6583 Analisis Konsekuens P 3
KKKK6543 Amalan Kesihatan Industri dan Pelan Rekabentuk bagi Mengendalikan Bahan Kimia dalam Industri P 3
KKKS6433 Pengurusan Sisa Industri P 3
Jumlah Unit 18
Semester III KKKF6026 Projek Penyelidikan 2 W 6
Elektif I & Elektif II (Pilih 2 kursus sahaja)
KKKK6253 Teknologi Biofarmaseutikal P 3
KKKK6263 Kejuruteraan Biobahan Lanjutan P 3
KKKK6363 Eko-Komuniti Simbiosis P 3
KKKK6443 Tenaga Suria P 3
KKKK6473 Pemulihan Tenaga dari Bahan Bakar Sisa dan Biojisim P 3
KKKK6553 Analisis Risiko Kuantitatif P 3
KKKK6563 Pemantauan Pendedahan Kimia P 3
KKKS6353 Proses Rawatan Air Sisa Lanjutan P 3
Jumlah Unit 12
Jumlah Keseluruhan 45
**Nota: W = Wajib, P = Elektif, AU – Audit
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Ir. Dr. Nor Yuliana Yuhana
Penyelaras,
Program Sarjana Kejuruteraan Kimia,
Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Proses,
Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM Bangi, Selangor,
MALAYSIA
Tel : 603-8921 6977
Fax : 603-8911 8345
Email : yuliana@ukm.edu.my