Penerbitan Jurnal IJPHR

Jurnal IJPHR atau International Journal of Public Health Research adalah jurnal akses terbuka dan percuma yang diterbitkan oleh Jabatan Kesihatan Masyarakat, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Ia merangkumi pelbagai bidang kesihatan awam iaitu :

  1. Epidemiologi.
  2. Kesihatan keluarga dan nutrisi.
  3. Kesihatan pekerjaan.
  4. Kesihatan persekitaran.
  5. Promosi kesihatan.
  6. Pengurusan kesihatan.
  7. Ekonomi kesihatan, dasar penjagaan kesihatan dan isu kesihatan global.

 

Tujuan utama penubuhan jurnal ini adalah untuk menjadi saluran untuk penerbitan artikel penyelidikan dalam kesihatan awam dan kesihatan global yang dijalankan di Universiti Kebangsaan Malaysia serta institusi lain di dalam atau di luar negara. Jurnal IJPHR  berbentuk dwi-bahasa, iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, dan diterbitkan dua kali setahun iaitu pada bulan Mac dan September. Segala sumbangan akan diwasit oleh sidang pengarang dan tokoh-tokoh yang mempunyai kepakaran bersesuaian dengan tema artikel yang dihantar. IJPHR mempunyai hakcipta ke atas semua artikel yang diterbitkan.

Jurnal IJPHR (eISSN 2232 0245, pISSN 2232 0253) di indeks dalam :

  1. Google Scholar : (Teks penuh kesusasteraan ilmiah).
  2. MyJurnal : (Abstracting and Indexing Malaysia).
  3. Repositori Artikel UKM : (Oleh Universiti Kebangsaan Malaysia).
  4. Open J-Gate.

 

Segala urusan hendaklah di alamatkan kepada :

Ketua Editor
International Journal of Public Health Research
Jabatan Kesihatan Masyarakat
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, Cheras
56000 Kuala Lumpur, MALAYSIA.