Metodologi RESTU

Ini merupakan kajian prospektif selama 12 tahun meliputi kawasan bandar dan luar bandar dengan sasaran 5000 responden setiap kawasan. Bandar melibatkan perumahan di Ampang, Cheras dan Hulu Langat; Manakala luar bandar merangkumi kampung-kampung di Tanjung Karang, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Felda Sungai Tengi, Felda Soeharto dan Felda Gedangsa. Setiap responden akan disusuli setiap dua tahun bagi menilai status kesihatan mereka. Kriteria inklusi ialah mereka yang tinggal di kawasan yang terpilih dan berusia antara 35 tahun dan ke atas dengan menggunakan kaedah pensampelan secara purposive iaitu melalui bancian rumah ke rumah.


Bahan dan Peralatan

Borang soalselidik yang telah diterjemahkan digunakan dalam kajian ini merangkumi soalselidik :

  • Dewasa (input dari ketua keluarga dan yang usia 35 tahun)
    • Responden.
    • Antropometri, tekanan darah, spirometri, gengaman tangan, sampel darah dan urin.
    • Frekuensi makanan.
    • Fizikal.
    • Laporan ECG.
  • Isi rumah (input semua ahli dalam rumah; muda dan tua).
  • Kejiranan (input dari ketua keluarga).
  • Komuniti (isi oleh Penyelidik JKM).

Peralatan digunakan untuk pengukuran :

  • Pita ukur dan alat timbang (antropometri).
  • Set tekanan darah.
  • Hand grip meter (kekuatan gengaman tangan).
  • Spirometri (fungsi paru-paru).
  • ECG (fungsi jantung).
  • Komposisi tubuh (Body Fat Analyzer)

Pengumpulan sampel biologi

  • Serum darah
  • Urin
  • Darah (Buffy coat)

Sistem Data PHRI (Population Health Research Institute, Kanada)
Semua data dimasukkan ke dalam sistem pengkalan data PHRI secara talian internet bagi tujuan mendapatkan keputusan analisa yang cepat.