Objektif

  • Objektif pendidikan jabatan adalah untuk membangunkan, menyediakan and menilai program-program pendidikan kesihatan masyarakat untuk memastikan kecemerlangan berterusan. Ini akan memastikan semua pelajar perubatan akan graduasi dengan pemahaman konsep-konsep asas di dalam pelbagai disiplin-disiplin kesihatan masyarakat (epidemiologi dan biostatistik, kesihatan keluarga, pengurusan jagaan kesihatan, kesihatan persekitaran, kesihatan carakerja dan promosi kesihatan). Jabatan ini juga akan memastikan calon-calon yang berkelayakan tinggi akan diambil masuk dengan mempunyai latihan pasca siswazah supaya ada kemahiran yang diperlukan oleh profesional kesihatan masyarakat.
  • Objektif penyelidikan jabatan adalah untuk mencapai dan mengekalkan kecemerlangan di dalam kesihatan masyarakat dengan mengenalpasti kawasan-kawasan utama bagi penyelidikan, membangunkan alat-alat dan kaedah pertanyaan dan menjawab soalan di dalam kawasan-kawasan yang dikenalpasti. Jabatan ini juga akan memupuk kerjasama penyelidikan di antara pelbagai-pusat dan pelbagai-agensi dalam mengatasi masalah-masalah kesihatan masyarakat.
  • Objektif perkhidmatan jabatan adalah untuk memupuk pembangunan perkhidmatan masyarakat dan kerjasama bersama masyarakat berdasarkan organisasi oleh pelajar-pelajar dan ahli-ahli fakulti. Ini akan menyediakan perkhidmatan penyelidikan perundingan kepada agensi-agensi dan kumpulan-kumpulan di dalam dan luar negara.

Jabatan ini akan mencapai visi dan misi tersebut dengan memastikan bahawa infrastruktur dan sumber yang diperlukan untuk mencapai objektif-objektif pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan adalah disediakan.