Pengenalan RESTU

RESTU adalah salah satu kajian kohort prospektif yang membawa maksud ’Risk Epidemiological Study – PURE’. Ini adalah merupakan komitmen kolaborasi luar negara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan Universiti McMaster, Kanada yang bermula pada awal tahun 2008.

PURE (’Prospective Urban and Rural Epidemiology) adalah kajian induk yang berpusat di PHRI, Universiti McMaster yang kini telah melibatkan sebanyak 25 negara seluruh dunia. Kini jumlah responden telah mencecah seramai 225,000 pada tahun 2015. Di Malaysia selain UKM, Universiti Institut Teknologi Malaysia (UiTM) telah terlibat dalam kajian ini semenjak tahun 2006. Perjanjian kajian telah dimeterai pada 06 Mei 2008 antara UKM yang diwakili oleh Timbalan Dekan dan Pengarah (Penyelidikan dan Industri), Jabatan Kesihatan Masyarakat (Profesor Dr. Noor Hashim Ismail) dengan pihak PHRI bagi tujuan kesefahaman dan penajaan kos penyelidikan.


Kumpulan Penyelidik :


Objektif

Objektif kajian adalah untuk menentukan peranan faktor risiko terhadap penyakit kardiovaskular dan respiratori. Faktor risiko yang dikaji adalah faktor demografi, gaya hidup, pemakanan dan pembangunan persekitaran. Kajian ini diselaraskan berasaskan kepada beberapa objektif penyelidikan iaitu :

  1. Menentukan insiden dan tren penyakit bukan berjangkit seperti kardiovaskular dan respiratori antara penduduk kawasan bandar dan luar bandar.
  2. Menilai peranan faktor sosiodemografi terhadap risiko penyakit kardiovaskular dan respiratori antara penduduk kawasan bandar dan luar bandar.
  3. Mengkaji hubungkait faktor persekitaran terhadap risiko penyakit kardiovaskular dan respiratori di kalangan penduduk bandar dan luar bandar.
  4. Mengkaji pengaruh gaya hidup, sikap dan tingkahlaku dengan risiko penyakit kardiovaskular dan respiratori di antara penduduk kawasan bandar dan luar bandar.
  5. Mengkaji Profil Persekitaran Kesihatan Komuniti dengan faktor-faktor risiko penyakit kardiovaskular di antara penduduk bandar dan luar bandar.
  6. Membuat ramalan risiko penyakit kardiovaskular dengan petunjuk kesihatan, sosiodemografi, pemakanan, gaya hidup dan faktor fizikal persekitaran di antara penduduk bandar dan luar bandar.