Prasiswazah


Tahun 1 – FF1622 Perubatan & Masyarakat I

  • (Medicine & Society I – Health & Population)
  • Penyelaras – Prof. Madya Dr. Rosnah Ismail
  • Pembantu – Cik. Fatin Nazirah Azahari
  • Modul ini membincangkan beberapa isu dan cabaran semasa dan masa hadapan dalam menyampaikan perkhidmatan penjagaan kesihatan.
  • Ia menggabungkan pelbagai disiplin kesihatan masyarakat dalam menangani isu pencegahan penyakit dan penjagaan kesihatan.
  • Modul ini merangkumi topik mengenai aspek psikososial penyakit dan penjagaan kesihatan yang komprehensif, prinsip pencegahan penyakit, asas kesihatan persekitaran, prinsip pengurusan kesihatan, asas kesihatan keluarga dan pemakanan.
  • Dengan memperkenalkan prinsip-prinsip kesihatan masyarakat kepada para pelajar, diharapkan mereka dapat menggunakannya dalam menilai masalah kesihatan, merancang dan memantau aktiviti kesihatan masyarakat dan menyampaikan pendidikan kesihatan kepada masyarakat.

Tahun 2 – FF2613 Perubatan & Masyarakat II

  • (Medicine & Society II – Statistics & Epidemiology)
  • Penyelaras – Prof. Madya Dr. Azmi Mohd. Tamil
  • Pembantu : Pn. Noormujanah Kormin
  • Modul ini membincangkan konsep kawalan dan pencegahan penyakit berjangkit dan tidak berjangkit.
  • Perhatian secara khusus diberikan kepada program dan perkhidmatan kawalan penyakit yang menjadi masalah kesihatan awam di Malaysia.
  • Modul ini juga memperkenalkan demografi asas termasuk statistik penting, data kesuburan, pengembangan populasi dan jadual hayat.
  • Pengetahuan asas tentang keselamatan dan kesihatan pekerjaan, serta penilaian dan langkah-langkah kawalan bahaya di tempat kerja juga diterokai.
  • Pelajar akan didedahkan kepada akta dan peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang ada di Malaysia, serta program pencegahan kemalangan pekerjaan dan undang-undang pampasan kecederaan pekerjaan.
  • Modul ini juga memperkenalkan pelajar kepada teknik melakukan penyelidikan dari penyediaan cadangan dan pengumpulan data sehingga analisis data dan penulisan laporan.
  • Teknik statistik asas seperti statistik deskriptif dan statistik inferens akan diperkenalkan kepada pelajar ketika mereka menjalankan penyelidikan mereka.

Tahun 3 – FF3618 Perubatan & Masyarakat III

  • (Medicine & Society III – Community Health)
  • Penyelaras – Prof. Madya Dr. Mohd Hasni Ja’afar
  • Pembantu : Pn. Nor Aliawati Ahmad
  • Modul Perubatan & Masyarakat III adalah modul pendidikan lapan minggu (1 + 7).
  • Modul ini merangkumi 7 disiplin iaitu :
    1. Kesihatan dan Pengurusan Hospital.
    2. Kesihatan Keluarga.
    3. Pemakanan Komuniti.
    4. Epidemiologi dan Statistik.
    5. Kesihatan Pekerjaan.
    6. Kesihatan Persekitaran.
    7. Promosi & Pendidikan Kesihatan.
  • Semasa mengikuti modul ini, pelajar perubatan terdedah kepada sistem perkhidmatan kesihatan dan aktiviti yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan.
  • Mereka juga dikehendaki menjalankan kajian komuniti dengan menggunakan pengetahuan epidemiologi dan statistik mereka.
  • Pelajar akan dibimbing dan diberi latihan dalam mencapai matlamat utama iaitu untuk menghasilkan profesional doktor perubatan yang berwibawa yang akan memenuhi keperluan kesihatan penduduk Malaysia.
  • Taklimat akan diberikan oleh penyelaras modul pada awal setiap posting.
  • Modul ini dijalankan di Pusat Latihan Kesihatan Masyarakat PULAKEM di Beranang, Selangor.
  • Galeri dan aktiviti – Facebook Kampungku Sihat

Tahun 5 – FF5713 Pembangunan Peribadi & Profesional

  • (Personal & Professional Development V – Medical Career)
  • Penyelaras – Dr. Faiz Daud
  • Pembantu : Pn. Nor Aliawati Ahmad
  • Para pelajar Tahun 5 akan melalui fasa di mana kesemua modul Perubatan & Masyarakat 1, 2 dan 3 disimpulkan agar dapat menjelaskan kepentingan bidang Kesihatan Masyarakat atau lebih dikenali sebagai Kesihatan Awam.
  • Di tahun 5 juga, pelajar diberi input berkenaan perkembangan profesionalisme dalam kerja klinikal pelajar perubatan sebagai sebahagian daripada persediaan untuk menjadi doktor pada masa hadapan.
  • Penekanan diberikan kepada hubungan doktor-pesakit, kemahiran komunikasi, kerja berpasukan, kepimpinan dan etika perubatan.

Maklumat lanjut :

Sekretariat Pengajian Prasiswazah
Aras 2, Kompleks Pendidikan
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak,
56000 Cheras Kuala Lumpur. MALAYSIA.

Laman web : Ijazah Sarjana Muda Doktor Perubatan

Telefon : +603-9145 5028 / 5029 / 5030 / 5031
Faksimili : +603-9145 6655