Survei Susulan RESTU

Tujuan survei susulan PURE adalah untuk menganggarkan bilangan dan punca penyakit yang membawa kematian. Kematian yang berbeza-beza ini akan disahkan oleh pengamal perubatan disebabkan oleh penyakit tertentu. Oleh kerana terdapat perbezaan laporan daripada pegawai perubatan di pelbagai wilayah dan negara, ia adalah penting untuk mempunyai satu kaedah yang seragam untuk mendapatkan maklumat tepat mengenai punca kematian. Oleh itu kaedah yang dipanggil bedah siasat lisan (Verbal Autopsy, VA) telah diperkenalkan dalam kajian PURE.