Pameran Kesihatan “Parasit & Serangga: Fahami, Cegah, Sihat”

30 Julai 2025 @ 03:30 ptg

Pameran kesihatan bertajuk “Parasit & Serangga: Fahami, Cegah, Sihat” telah berlangsung dengan meriah di SK Taman Midah 2, melibatkan kerjasama erat Fakulti Perubatan. Program ini turut ditaja oleh Hal Ehwal Jaringan dan Masyarakat (HEJIM), Persatuan Entomologi Malaysia (ENTOMA) dan EyeRiz Optometry, yang menyokong pelaksanaan pelbagai aktiviti pendidikan sepanjang acara.

Antara pengisian utama ialah ceramah kesihatan yang memberikan pendedahan tentang risiko jangkitan parasit dan serangga serta langkah pencegahannya. Pameran interaktif mempamerkan model dan slaid parasit serta entomologi, membolehkan para pelajar memahami struktur dan kitar hayat organisma berkenaan secara lebih jelas. Aktiviti kuiz seperti teka silang kata dan crossword puzzle turut diadakan untuk menguji pengetahuan pelajar dengan cara yang santai dan menyeronokkan. Program ini turut dimeriahkan dengan pertandingan mewarna  bagi memupuk kesedaran kesihatan sejak usia awal.

Keseluruhannya, program ini berjaya meningkatkan pengetahuan komuniti sekolah tentang kepentingan pencegahan penyakit bawaan parasit dan serangga melalui pendekatan pendidikan yang interaktif dan menarik.