Audit COPPA Program Sarjana Sains Perubatan (Parasitologi) Mod Campuran Selesai Dilaksanakan
13 Januari 2026 | Kuala Lumpur
Program Sarjana Sains Perubatan (Parasitologi) Mod Campuran telah berjaya melalui Audit COPPA (Code of Practice for Programme Accreditation) yang berlangsung pada 12 dan 13 Januari 2026.
Audit tersebut telah dikendalikan oleh Prof. Dr. Rukman Awang Hamat dari Universiti Putra Malaysia (UPM) selaku auditor. Pelaksanaan audit ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan dalam memastikan kualiti dan standard program akademik sentiasa memenuhi keperluan yang ditetapkan.
Sepanjang proses audit, pelbagai maklumat, dokumen dan bahan pembuktian berkaitan program telah dikemukakan bagi menyokong penilaian terhadap pelaksanaan dan pengurusan program.
Jabatan Parasitologi dan Entomologi Perubatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada seluruh warga jabatan atas komitmen, kerjasama dan sokongan yang diberikan dalam memastikan kelancaran proses audit.
Penghargaan khusus turut ditujukan kepada Dr. Aishah Hani atas usaha dan dedikasi dalam menyediakan maklumat, dokumen serta bahan pembuktian yang lengkap, sistematik dan tersusun bagi keperluan audit.
Kejayaan pelaksanaan audit ini mencerminkan komitmen berterusan warga jabatan dalam memperkukuh kualiti akademik serta memastikan penyampaian pendidikan dalam bidang parasitologi sentiasa berada pada tahap yang terbaik.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat atas kerjasama dan komitmen yang diberikan.