Ihya Ramadan 2026 Semarakkan Penghayatan dan Ukhuwah Warga Jabatan
27 Februari | Cheras
Program Ihya Ramadan telah berlangsung dengan lancar bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan sebagai salah satu inisiatif dalam menyemarakkan penghayatan bulan Ramadan serta memupuk nilai kerohanian dan ukhuwah dalam kalangan warga jabatan.
Program dimulakan dengan bacaan doa, diikuti dengan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Ustaz Sanusi, Pembantu Hal Ehwal Islam, Pusat Islam Kampus Cheras. Tazkirah tersebut memberikan pengisian dan peringatan kepada warga jabatan mengenai kepentingan memanfaatkan bulan Ramadan sebagai ruang untuk meningkatkan amalan serta memperkukuh hubungan sesama insan.
Turut diadakan agihan bubur lambuk kepada warga jabatan sebagai sebahagian daripada pengisian program, sekali gus menyemarakkan semangat kebersamaan dan perkongsian dalam suasana Ramadan.
Secara keseluruhannya, Program Ihya Ramadan telah berjalan dengan lancar dan mendapat penyertaan warga jabatan. Program seumpama ini diharap dapat diteruskan sebagai platform untuk menyemarakkan nilai-nilai Islam serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan warga jabatan.