Sambutan Pra-Raya dan Khatam Al-Quran Erat Ukhuwah Warga Jabatan
13 Mac 2026 | Cheras
Sambutan Pra-Raya dan Khatam Al-Quran Jabatan telah berlangsung dengan lancar pada 13 Mac 2026 sebagai salah satu inisiatif dalam menyemarakkan penghayatan Ramadan serta menyuburkan kecintaan warga jabatan terhadap al-Quran.
Program dimulakan dengan bacaan Yassin, diikuti dengan Majlis Khatam Al-Quran yang disertai oleh warga jabatan. Pengisian ini bukan sahaja menjadi wadah untuk meningkatkan amalan kerohanian, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga jabatan.
Kemuncak program turut diserikan dengan agihan biskut raya dan sampul raya kepada warga jabatan sebagai tanda penghargaan serta menyemarakkan suasana menjelang sambutan Aidilfitri.
Program ini mencerminkan komitmen jabatan dalam menerapkan nilai-nilai kerohanian, kebersamaan dan ukhuwah dalam kalangan warga kerja. Secara keseluruhannya, Sambutan Pra-Raya dan Khatam Al-Quran telah berlangsung dalam suasana yang meriah dan penuh bermakna.