TAHNIAH KEPADA PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2026
24 April 2026 | Cheras
Warga Jabatan Parasitologi dan Entomologi Perubatan merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada dua orang warga jabatan yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2026 bagi penilaian tahun 2025.
Penerima anugerah tersebut ialah:
- Dr. Vinoth Kumarasamy – Pensyarah Gred DS13
- En. Mohd Zuhaidi Harith @ Haris Fadzilah – Pembantu Khidmat Am Gred H1
Penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap komitmen, dedikasi dan kecemerlangan perkhidmatan yang telah ditunjukkan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab sepanjang tahun penilaian.
Seluruh warga jabatan mengucapkan tahniah dan syabas kepada kedua-dua penerima. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus cemerlang serta memberikan sumbangan bermakna kepada jabatan dan Universiti Kebangsaan Malaysia.