Lawatan Pelajar Shiga University, Jepun ke Galeri Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan
23 April 2026 | Cheras
Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menerima kunjungan pelajar dari Shiga University of Medical Science, Jepun ke Galeri Jabatan.
Lawatan ini melibatkan seramai empat (4) orang pelajar bidang Sains Perubatan dari Shiga University yang turut diiringi oleh dua (2) orang kakitangan Jabatan Kejururawatan, Fakulti Perubatan, UKM.
Sepanjang lawatan, para pelajar berkesempatan mengunjungi Galeri Jabatan yang memaparkan pelbagai koleksi dan bahan berkaitan parasitologi serta entomologi perubatan. Lawatan ini memberikan peluang kepada para pelajar untuk mengenali dengan lebih dekat bidang parasitologi perubatan, termasuk kepelbagaian parasit dan vektor yang mempunyai kepentingan dalam bidang perubatan dan kesihatan awam.
Selain menjadi platform perkongsian ilmu, lawatan ini turut membuka ruang kepada interaksi dan pertukaran pengalaman dalam kalangan pelajar serta warga akademik dan staf UKM. Pendedahan sebegini diharap dapat memperkaya pengalaman pembelajaran pelajar serta meningkatkan
pemahaman mereka terhadap kepentingan bidang parasitologi dan entomologi perubatan dalam menangani penyakit berjangkit.
Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan, Fakulti Perubatan, UKM merakamkan penghargaan kepada pihak Shiga University of Medical Science atas kunjungan yang telah dijalankan dan berharap hubungan akademik serta jaringan kerjasama antara kedua-dua institusi dapat terus diperkukuhkan pada masa akan datang.