LAWATAN MURID TADIKA ATFAAL KE GALERI PARASITOLOGI SEMPENA PROGRAM EKSPEDISI MAKMAL PENYELIDIKAN BIOKIMIA 2026

6 Ogos 2026 | Galeri Parasitologi & Entomologi

Seramai 45 orang murid Tadika Atfaal yang berusia antara empat hingga enam tahun, diiringi oleh 10 orang guru pengiring, telah mengadakan lawatan ke galeri pada 6 Ogos 2026. Lawatan ini dianjurkan oleh Jabatan Biokimia sempena Program Ekspedisi Makmal Penyelidikan Biokimia 2026.

Program ini bertujuan untuk menyemai minat dan memupuk rasa ingin tahu murid terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) sejak usia awal. Melalui pendedahan kepada persekitaran penyelidikan, murid berpeluang mengenali dunia sains dengan lebih dekat dalam suasana yang menarik dan bersesuaian dengan peringkat umur mereka.

Penganjuran lawatan seumpama ini mencerminkan usaha berterusan dalam memperkenalkan bidang STEM kepada kanak-kanak sejak di peringkat prasekolah. Diharapkan pengalaman yang diperoleh dapat mencetuskan minat mereka terhadap ilmu sains serta menjadi asas kepada pembentukan generasi yang berpengetahuan, kreatif dan inovatif pada masa hadapan.