Tahniah Dr. Anisah Nordin atas Pelantikan sebagai Ahli Jawatankuasa Etika Penjagaan dan Penggunaan Haiwan

8 September 2026 | Kuala Lumpur

Jabatan Parasitologi dan Entomologi Perubatan merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Anisah Nordin atas pelantikan beliau dalam dua jawatankuasa berkaitan etika penjagaan dan penggunaan haiwan di institusi pengajian tinggi.

Pelantikan tersebut adalah seperti berikut:

  1. Ahli Jawatankuasa Etika Penjagaan dan Penggunaan Haiwan, Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology (TAR UMT), berkuat kuasa mulai 1 Julai 2026.
  2. Ahli Jawatankuasa Institusi Penjagaan dan Penggunaan Haiwan (IACUC), Universiti Putra Malaysia (UPM), berkuat kuasa mulai 2 September 2026.

Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap kepakaran dan komitmen beliau dalam bidang berkaitan, khususnya dalam menyokong amalan penyelidikan yang beretika serta memastikan kebajikan haiwan terpelihara dalam aktiviti penyelidikan.

Diharapkan pelantikan ini dapat memperkukuh sumbangan beliau dalam pemantapan tadbir urus etika penyelidikan serta menggalakkan amalan penjagaan dan penggunaan haiwan yang bertanggungjawab di institusi berkaitan.

Seluruh warga jabatan mengucapkan tahniah dan syabas kepada Dr. Anisah Nordin atas pencapaian ini. Semoga beliau terus cemerlang dan memberikan sumbangan bermakna kepada komuniti akademik dan penyelidikan.