Basic Malaria Microscopy & Diagnostic Workshop 2022

Jabatan berbesarhati mengalu-alukan kehadiran 28 orang peserta daripada pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang bersama-sama kami dalam menjayakan Bengkel Basic Malaria Microscopy & Diagnostic yang dijalankan pada 25-27 Oktober 2022.

Sepanjang 3 hari bengkel dijalankan, aktiviti amali di makmal dan syarahan daripada para pensyarah yang berkaliber memenuhi waktu dan ruang bengkel kali ini. Bengkel ini juga berjaya mendapat maklumbalas positif daripada keseluruhan peserta. Di akhir bengkel, keseluruhan peserta berjaya mendapatkan sijil “Assessment Test” yang di keluarkan oleh jabatan.

Jabatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada para kakitangan yang bertungkus lumus, bekerja keras bagi menjayakan bengkel kali ini. Buat para peserta, semoga perkongsian ilmu sepanjang 3 hari bengkel ini dijalankan dapat dimanfaatkan dan berguna kepada semua peserta.