Bengkel Penulisan & Pemurnian Geran Penyelidikan
17 Julai 2025 @ 08:00 pg
Bengkel Penulisan & Pemurnian Geran Penyelidikan telah berlangsung dengan jayanya di The Majestic Hotel Kuala Lumpur. Bengkel ini disertai oleh tujuh orang kakitangan akademik jabatan, turut bersama seorang pegawai penyelidik dan seorang pegawai kanan juruteknologi makmal perubatan.
Hadir sama dalam bengkel tersebut tersebut ialah Professor Gig Jabatan, Prof. Dr Rahmah Noordin, serta Timbalan Dekan Penyelidikan & Inovasi, Prof. Dr. Mohamad Nasir Shafiee. Bengkel ini bertujuan memperkukuh kemahiran penyediaan geran penyelidikan serta meningkatkan kualiti permohonan geran pada peringkat jabatan.






