Sesi EduVisit Entomologi bersama City University

Oleh: Nur Athirah Ahmad Fahmi

KUALA LUMPUR, 30 Mac 2023 – Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan telah menerima satu kunjungan berbentuk ilmiah dari City University. Seramai 27 orang pelajar dan 4 orang kakitangan telah hadir ke jabatan bagi tujuan aktiviti EduVisit Entomologi kali ini.

Aktiviti bermula dengan ucapan aluan daripada Ketua Jabatan merangkap Ketua Program EduVisit kali ini, Dr. Syamsa Rizal Abdullah, diikuti dengan sesi perkongsian ilmu daripada dua pensyarah berwibawa jabatan. Dr. Aishah Hani Azil memulakan sesi beliau dengan tajuk Medical Entomology seterusnya sesi perkongsian ilmu dilanjutkan dengan Dr. Syamsa Rizal dengan tajuk Forensic Entomology.

Sesi lawatan ilmiah seterusnya disambung dengan sesi pameran dan demonstrasi slaid mikroskopik. Pelbagai pameran menarik berkaitan entomologi dipamerkan dan pameran dibimbing oleh kakitangan jabatan. Sesi EduVisit kemudian disambung lagi dengan Kerja Lapangan Mini yang melibatkan pengumpulan sampel forensik entomologi. Para pelajar dilihat sangat bersemangat dan menunjukkan kerjasama yang tinggi dalam kerja lapangan mini ini.

EduVisit kemudiannya dia akhiri pada jam 12.30 tengah hari dengan penyerahan sijil penyertaan dan sesi bergambar bersama kakitangan.