JABATAN SAMBUT KEHADIRAN KAKITANGAN BAHARU DAN UCAP TAHNIAH ATAS PELANTIKAN KETUA SKIM

5 Mac 2026 | Cheras

Jabatan merakamkan ucapan selamat datang dan selamat menjalankan tugas kepada Dr. Anizah Rahumatullah, Pensyarah Gred DS13, yang telah melapor diri pada 5 Mac 2026.

Kehadiran Dr. Anizah diharap dapat memperkukuh barisan akademik jabatan serta menyumbang kepada kecemerlangan dalam bidang pengajaran, penyelidikan dan khidmat profesional.

Dalam perkembangan yang sama, jabatan turut merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada En. Mohd Rafizul Mohd Yusof atas pelantikan sebagai Ketua Skim Perkhidmatan Perubatan & Kesihatan (U) (Teknologi Makmal Perubatan).

Pelantikan tersebut mencerminkan kepercayaan dan pengiktirafan terhadap pengalaman serta kepakaran beliau dalam bidang Teknologi Makmal Perubatan.

Seluruh warga jabatan mengucapkan selamat datang kepada Dr. Anizah dan syabas serta tahniah kepada En. Mohd Rafizul,semoga kedua-duanya terus cemerlang serta memberikan sumbangan bermakna kepada jabatan dan Universiti Kebangsaan Malaysia.