KERJA LAPANGAN PENGUMPULAN SPESIMEN PERKUKUH PENGALAMAN PENYELIDIKAN DAN LATIHAN LAPANGAN

20 April 2026 | Bentong, Pahang

Jabatan Parasitologi dan Entomologi Perubatan telah melaksanakan kerja lapangan bagi tujuan pengumpulan spesimen di D’Bilut Agrofarm & Retreat, Betong, Pahang pada 20 April 2026. Aktiviti pengumpulan spesimen ini dilaksanakan bagi menyokong keperluan penyelidikan jabatan serta menyediakan bahan kajian untuk tujuan pengajaran jabatan.

Aktiviti ini melibatkan seorang Pegawai Penyelidik, enam orang Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP) serta 11 orang pelajar latihan industri. Peserta bergerak dari Fakulti pada jam 8.00 pagi dan setibanya di lokasi, sesi dimulakan dengan taklimat berkaitan aktiviti lapangan serta penyerahan sijil penghargaan sebagai tanda terima kasih atas kesudian pihak D’Bilut Agrofarm & Retreat memberikan kerjasama.

Aktiviti utama diteruskan dengan pengumpulan spesimen yang dilaksanakan secara sistematik. Para peserta dibahagikan kepada tiga kumpulan berdasarkan keluasan kawasan bagi memastikan aktiviti pengumpulan dapat dijalankan dengan teratur dan menyeluruh.

Selesai aktiviti lapangan, para peserta menikmati makan tengah hari sebelum 

menunaikan solat Zohor. Peserta kemudiannya bertolak pulang dan tiba di Fakulti pada jam 3.30 petang.

Kerja lapangan ini bukan sahaja menyokong keperluan aktiviti penyelidikan jabatan, malah memberikan pendedahan dan pengalaman praktikal kepada pelajar latihan industri dalam melaksanakan aktiviti pengumpulan spesimen secara langsung di lapangan.