KUNJUNGAN DELEGASI

Jabatan merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada delegasi Jabatan Sains Biologi dan Bioteknologi, Fakulti Sains & Teknologi UKM kerana sudi berkunjung ke Galeri Parasitologi & Entomologi Perubatan pada 16 November 2023. Delegasi adalah diketuai oleh Dr. Farah Shafawati Mohd Taib & Prof. Dr. Wan Kiew Lian serta disertai oleh 2 kakitangan dan 21 pelajar.
 
Semoga kunjungan tersebut dapat memberi ilmu dan pendedahan baru terhadap bidang parasitologi dan entomologi kepada para pelajar serta mengeratkan hubungan kerjasama di antara kedua-dua pihak.