Latihan Makmal Pengesanan Cryptosporidium parvum
16 Oktober 2025 @ 12:00t tgh
Satu program latihan makmal khusus bagi pengesanan Cryptosporidium parvum telah berlangsung di Makmal Komuniti,pada 15 dan 16 Oktober 2025.
Latihan ini disertai oleh 2 peserta daripada Jabatan Patologi dan Perubatan Makmal (PALM), Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah (SASMEC) @ IIUM.
Latihan ini bertujuan meningkatkan kemahiran peserta dalam teknik pengesanan parasit Cryptosporidium parvum, salah satu patogen penting yang boleh menyebabkan jangkitan usus terutamanya dalam kalangan kanak-kanak dan individu berisiko tinggi. Sepanjang dua hari latihan, peserta diberi pendedahan teori serta praktikal termasuk kaedah penyediaan sampel, pewarnaan mikroskopik, dan interpretasi keputusan makmal.




