Lawatan Akademik Pelajar FST UKM

11 November 2025 @ 04:00 ptg

Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan telah menerima lawatan akademik daripada pelajar-pelajar Fakulti Sains dan Teknologi (FST) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) seramai 33 orang termasuk pensyarah.

Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan praktikal dan pengalaman makmal kepada pelajar tahun akhir, serta memperkenalkan mereka kepada projek-projek penyelidikan terkini yang dijalankan oleh jabatan.

Bagi memastikan kelancaran program, kakitangan pejabat bertanggungjawab mengurus ketibaan, pendaftaran, aliran kumpulan dan penghantaran pelawat. Manakala PIC setiap makmal, akan membimbing pelajar selama sesi lawatan selama 20 minit, memperlihatkan beberapa slaid di bawah mikroskop, serta berkongsi pengalaman menarik dan projek yang sedang dijalankan.

Para akademik juga dialu-alukan untuk turut serta di setiap makmal bagi memberi pandangan dan nasihat kepada pelajar, menjadikan sesi ini lebih interaktif dan bermakna. Lawatan ini dijangka menjadi platform yang santai namun penuh manfaat, khususnya bagi pelajar yang berpotensi melanjutkan pengajian pascasiswazah di masa hadapan.

Jabatan mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan yang terlibat atas kerjasama dan semangat. Semoga sesi lawatan ini menjadi pengalaman yang menyeronokkan serta memberi pengalaman berharga kepada semua pelajar.