Lawatan Kolaborasi Universitas Jambi, Indonesia
14 November 2025 @ 04:00 ptg
Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan telah menerima lawatan kolaborasi daripada Universitas Jambi. Lawatan ini melibatkan seramai 11 orang pelajar dan 2 orang pensyarah Universitas Jambi, bersama beberapa pensyarah dari Jabatan Perubatan Kesihatan Awam (JPKA) UKM.
Program lawatan ini bertujuan memberi pendedahan praktikal kepada pelawat serta memperkenalkan projek-projek penyelidikan yang sedang dijalankan oleh jabatan. Kakitangan bertanggungjawab mengurus ketibaan, pendaftaran, serta aliran kumpulan pelawat. Sementara itu, PIC setiap makmal akan membimbing pelawat sepanjang sesi lawatan, menunjukkan beberapa demonstrasi makmal, memperkenalkan projek penyelidikan terkini, dan berkongsi pengalaman serta ilmu berkaitan kerja makmal.
Lawatan ini diharapkan menjadi satu pengalaman yang bermakna dan interaktif bagi pelawat, sambil memperkukuh hubungan akademik antara Universitas Jambi dan Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan. Jabatan mengucapkan terima kasih kepada semua staf yang terlibat atas kerjasama dan komitmen untuk menjayakan program ini.














