Lawatan Universiti Sains Perubatan Shiga ke Galeri Parasitologi & Entomologi Perubatan
22 April 2025 @ 11:20 am
Seramai lima orang pelajar kejururawatan dari Universiti Sains Perubatan Shiga, Jepun telah mengadakan lawatan akademik ke Galeri Parasitologi & Entomologi Perubatan, Fakulti Perubatan UKM. Mereka turut diiringi oleh dua orang kakitangan dari Jabatan Kejururawatan, Fakulti Perubatan, UKM.
Lawatan ini dijayakan oleh empat Juruteknologi Makmal Perubatan serta empat pensyarah akademik jabatan, yang bersama-sama menjayakan sesiĀ perkongsian ilmu serta penerangan berkaitan spesimen parasitologi dan entomologi perubatan.
Kunjungan ini diharap dapat mengukuhkan hubungan akademik antara kedua-dua institusi dan membuka ruang kerjasama dalam bidang pendidikan serta penyelidikan pada masa hadapan.







