Medical Parasitology Insight Challenge 2025
26 Julai 2025 @ 04:00 ptg
Medical Parasitology Insight Challenge telah berlangsung dengan meriah apabila 10 kumpulan yang terdiri daripada 26 orang kakitangan serta pelajar perubatan dari seluruh Malaysia berkumpul untuk menyertai program ilmiah tersebut. Acara ini bertujuan meningkatkan pemahaman peserta terhadap parasitologi perubatan melalui aktiviti berasaskan kuiz, analisis kes, dan amali makmal.
Program ini bukan sahaja menguji pengetahuan, malah menggalakkan kerjasama antara institusi dan memupuk minat mendalam dalam bidang penyakit berjangkit. Penyertaan aktif semua kumpulan menunjukkan komitmen tinggi generasi baharu dalam memperkukuh kepakaran parasitologi di negara ini.














