MEDICAL PARASITOLOGY INSIGHT CHALLENGE 2026 PERKUKUH KOMPETENSI DAN JARINGAN AKADEMIK

8 Ogos 2026 | Cheras, Kuala Lumpur

Program 2nd Medical Parasitology Insight Challenge 2026 telah berjaya dilaksanakan secara dalam talian menerusi platform Zoom pada 8 Ogos 2026, dengan penyertaan seramai 50 orang peserta. Program ini merupakan satu inisiatif untuk memperkukuh pengetahuan dan kompetensi peserta dalam bidang parasitologi perubatan melalui aktiviti pembelajaran dan cabaran berasaskan ilmu.

Penganjuran program ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan ilmu parasitologi perubatan serta menggalakkan perkongsian pengetahuan dan pengalaman dalam kalangan peserta. Pelaksanaan secara dalam talian turut menyediakan ruang pembelajaran yang fleksibel dan membolehkan penyertaan tanpa kekangan lokasi.

Dari segi impak, program ini berpotensi meningkatkan kompetensi peserta dalam bidang parasitologi perubatan, di samping menyumbang kepada penjanaan kewangan melalui penganjuran aktiviti akademik. Program ini juga berperanan sebagai platform untuk memperluas jaringan akademik dan mengukuhkan hubungan profesional antara peserta serta pihak yang terlibat dalam bidang berkaitan.

Secara keseluruhannya, penganjuran 2nd Medical Parasitology Insight Challenge 2026 mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasa pendidikan dan pembangunan profesional dalam bidang parasitologi perubatan, selaras dengan usaha meningkatkan kecemerlangan akademik dan memperluas jaringan kerjasama.