Memperkasa Kompetensi Warga Jabatan Melalui In-House Training DITMOF
13 Mei 2026 | Kuala Lumpur
Dalam usaha memperkukuh pengetahuan dan kemahiran warga jabatan, Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menganjurkan In-House Training DITMOF pada 13 Mei 2026 (Rabu).
Program yang berlangsung di BMJ dan Makmal Insekterium ini menghimpunkan warga jabatan dalam satu sesi latihan yang menggabungkan penerangan teori dan demonstrasi praktikal berkaitan penggunaan DITMOF.
Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ketua Jabatan yang seterusnya membuka ruang kepada peserta untuk mendapatkan gambaran keseluruhan mengenai tujuan dan kepentingan latihan yang dianjurkan.
Sesi diteruskan dengan Taklimat Pengenalan DITMOF yang disampaikan oleh PM Dr. Aishah Hani Azil. Taklimat ini memberikan pendedahan kepada peserta mengenai DITMOF serta aspek-aspek berkaitan penggunaannya dalam aktiviti di jabatan.
Menariknya, peserta turut berpeluang mengikuti demonstrasi penggunaan DITMOF secara praktikal di Makmal Insekterium. Sesi hands-on ini
memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih dekat dan interaktif, di samping membolehkan peserta memahami kaedah penggunaan DITMOF dengan lebih jelas. Program kemudiannya diakhiri dengan sesi penutup dan bersurai.
Penganjuran In-House Training DITMOF ini bukan sahaja menjadi platform perkongsian ilmu, malah turut menggalakkan budaya pembelajaran berterusan dalam kalangan warga jabatan. Melalui latihan sebegini, warga Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan dapat terus memperkukuh kompetensi dan meningkatkan kecekapan dalam melaksanakan tugasan masing-masing.
Semoga inisiatif seperti ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa sebagai sebahagian daripada usaha jabatan dalam memperkasa kompetensi, meningkatkan kualiti kerja dan membudayakan perkongsian ilmu dalam kalangan warga Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan.