Pameran Kesihatan Sempena Hari Terbuka UMBI 2023

Oleh: Nur Athirah Ahmad Fahmi

KUALA LUMPUR, 10 MEI 2023 – Hari Terbuka UMBI telah diadakan pada 10 Mei 2023 yang menyasarkan lawatan dan kehadiran para pelajar sekolah, kakitangan UKM dan orang awam.

Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan telah dijemput bagi memeriahkan aktiviti pameran. Antara bahan pameran yang dipamerkan adalah poster-poster kesihatan, model-model replika arthropod seperti pepijat (Cimex sp.) dan kutu kepala (Pediculus humanus), spesimen helminth seperti cacing pita (Taenia sp.) dan cacing gelang (Ascaris lumbricoides), serta demonstrasi slaid dibawah mikroskop. 

Objektif utama pameran ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan dan pendedahan kepada pengunjung yang terdiri daripada pelajar sekolah, kakitangan UKM dan  orang awam tentang pencegahan dan kawalan daripada jangkitan parasit dan serangga yang berbahaya.

Pemeran yang bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang ini bukan sahaja menarik orang ramai untuk berkunjung ke booth pameran malah memberi pengetahuan dan informasi baru kepada para pelawat.