TAHNIAH

Kunjung hormat dan perbincangan kolaborasi Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan, Fakulti Perubatan UKM ke Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) pada 13 September 2023. Delegasi diketuai oleh Dr. Syamsa Rizal Abdullah selaku Ketua Jabatan dan turut disertai oleh YBhg. Prof Dr. Rahmah Noordin (Gig Akademik), Prof. Madya Dr. Emelia Osman (Penyelaras Lawatan), para pensyarah dan kakitangan pelaksana Jabatan.

Di pihak MKAK, perbincangan diketuai oleh Pengarah MKAK iaitu YBhg. Dr. Nik Jasmin Nik Mahir dan disertai oleh Dr. Rohani Ismail (Ketua Bahagian Penyakit), Dr. Zulhainan Hamzah (Ketua Seksyen Parasitologi & Mikologi) serta kakitangan yang lain. Semoga perbincangan ini menjadi titik tolak kepada kerjasama strategik dalam aspek penyelidikan dan perkhidmatan kesihatan di antara kedua-dua institusi.