Program EduVisit UniKL 2025

20 Mei 2025 @ 08:30 pg

Seramai 52 orang pelajar Diploma Bioperubatan dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL), diiringi tiga orang pensyarah, telah mengadakan program EduVisit ke Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan  bagi sesi pendedahan kepada slaid pengajaran parasitologi & entomologi secara mikroskopik. Sepanjang lawatan tersebut, para pelajar dibahagikan kepada tiga kumpulan dan menjalani sesi lawatan secara bergilir ke tiga makmal berbeza dan menempatkan spesimen yang berbeza iaitu Entomologi Perubatan, Helminth serta Protozoa.

Program ini bertujuan memberi pendedahan langsung kepada pelajar mengenai kaedah pemerhatian mikroskopik serta jenis-jenis spesimen bioperubatan. Lawatan berjalan lancar dan para pelajar berpeluang melihat serta memahami dengan lebih mendalam aplikasi sebenar pembelajaran teori dalam suasana makmal profesional.