PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT

24 Jun 2023
 
Jabatan telah berjaya menganjurkan program khidmat masyarakat bertempat di Kampung Orang Asli Kolam Air Bangkong, Dengkil. Program ini merupakan sebahagian aktiviti modul Citra LMFF1602 Tinjauan Komuniti Orang Asli yang melibatkan para pelajar prasiswazah pelbagai fakulti dari UKM Bangi seperti Fakulti Kejuruteraan Alam Bina, Fakulti Teknologi Sains Maklumat, Fakulti Sains Sosial & Kemasyarakatan, Fakulti Sains Teknologi, Fakulti Pengajian Islam dan Fakulti Undang-undang. Semoga penganjuran aktiviti ini mengeratkan hubungan UKM dengan masyarakat setempat di samping memupuk kemahiran insaniah di kalangan pelajar UKM.
Program ini adalah di bawah seliaan Dr. Wathiqah Wahid dan Dr. 'Azlin Muhammad@Mohd Yasin.