Sesi Perbincangan Kolaborasi

Delegasi Jabatan yang diwakili oleh Dr. Syamsa Rizal Abdullah, Prof. Madya Dr. Emelia Osman, Dr. Zulkarnain Md. Idris, Dr. Wathiqah Wahid dan Dr. Vinoth Kumarasamy telah menerima jemputan menghadiri sesi perbincangan kolaborasi bersama Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia pada 28 November 2023 bertempat di Pejabat KKM, Putrajaya. Sesi perbincangan dipengerusikan oleh Dr. Jenarun Jelip selaku Ketua Sektor Penyakit Bawaan Vektor dan turut dihadiri oleh Ketua-ketua Penolong Pengarah Kanan, antaranya Dr. Mohd Rahim Sulong (Unit Denggi), Dr. Tam Jenn Zhueng (Unit Malaria), Dr. Mohd Hafizi Abdul Hamid (Unit Malaria) serta Cik Perada Wilson Putit (Ketua Unit Entomologi & Pest). Turut hadir adalah delegasi daripada Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan yang diketuai oleh Dr. Zulhainan Hamzah selaku Ketua Seksyen Parasitologi & Mikologi MKAK.
 
Semoga perbincangan ini menjadi titik tolak kepada kerjasama strategik yang lebih erat pada masa depan di antara Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan UKM dan KKM serta agensi-agensi di bawahnya.