Sesi Perkongsian Ilmu - Hama Debu Rumah: Kepentingan, Pengumpulan dan Pengenalpastian

Oleh: Nur Athirah Ahmad Fahmi

Kuala Lumpur, 5 April 2023 – Jabatan Parasitologi & Entomologi berbesar hati atas kesudian Puan Suhaili Zainal Abidin, Pegawai Penyelidik dari Institut Penyelidikan Perubatan untuk bersama-sama berkongsi ilmu dengan ahli jabatan mengenai Hama Debu Rumah.

Umum mengetahui hama debu rumah dapat menimbulkan ketidakselesaan kepada penghuni dan boleh menyebabkan kesan sampingan kepada masalah kesihatan penghuni rumah.

Melalui program  ini, sedikit sebanyak dapat memberi ilmu dan maklumat kepada kakitangan jabatan tentang cara pengumpulan, pengenalpastian dan cara mengurangkan kehadiran hama debu rumah sekaligus dapat membantu dalam teknik penjagaan rumah.

Program yang dijalankan selama 2 jam ini dilihat dapat memberikan ilmu baru dan menambah pengetahuan kakitangan mengenai kehadiran organisma halus yang tidak dapat dilihat dengan dengan mata kasar ini.