SESI PERKONGSIAN ILMU – Pengawetan & Penjagaan Spesimen Serangga

Tarikh : 19 Mei 2022
Masa : 9.00 Pagi
Lokasi : Bilik Mesyuarat Jabatan

Jabatan berbesar hati mengalu-alukan kedatangan Dr. Nurul Wahida Othman, Ketua Pusat Sistematik Serangga, Fakulti Sains & Teknologi, UKM di atas kesudian beliau untuk Sesi Perkongsian Ilmu bersama ahli jabatan.

Sesi Perkongsian Ilmu ini berlangsung selama 1 jam. Dr. Nurul Wahida berkongsi tentang cara-cara penjagaan koleksi serangga . Selain daripada itu, beliau juga berkongsi infomasi berkenaan teknik terbaik dan kaedah pengawetan untuk mengelakkan sebarang kerosakan terutamanya jangkitan kulat pada serangga. Di akhir sesi perkongsian ini, ahli jabatan diberi ruang untuk mengajukan soalan kepada Dr. Nurul Wahida. Selepas itu, Dr. Nurul Wahida dibawa melawat ke makmal Entomologi & Galeri Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan.

Pada Sesi Perkongsian Ilmu kali ini, jabatan turut menjemput mantan kakitangan, En. Ahmad Firdaus Mohd Salleh yang telah bertugas selama hampir 20 tahun di Makmal Entomologi.

Sesi Perkongsian Ilmu ini berakhir pada jam 12.30 tengah hari.