Sesi Perkongsian Ilmu

Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan merakamkan sekalung penghargaan kepada Dr. Nantha Kumar Jeyaprakasam daripada Pusat Kajian Toksikologi dan Risiko Kesihatan (CORE), Fakulti Sains Kesihatan UKM yang sudi bertandang ke Jabatan pada 22 November 2023. Beliau menyampaikan perkongsian yang bertajuk 'New Public Health Challenges by Emerging Zoonotic Simian Malaria: Entomological Perspective'.

Terima kasih juga kepada Dr. Aishah Hani dan pasukan yang menyelaraskan perjalanan program. Semoga kerjasama yang baik di antara Jabatan dan CORE akan dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang.