SETINGGI-TINGGI TAHNIAH ATAS KENAIKAN PANGKAT KE JAWATAN PROFESOR MADYA

23 Februari 2026 | Kuala Lumpur

Warga Jabatan Parasitologi dan Entomologi Perubatan, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. Madya Dr. Aishah Hani binti Azil atas kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Madya (DS14) yang berkuat kuasa pada 26 Januari 2026.

Kenaikan pangkat ini merupakan satu pengiktirafan terhadap komitmen, dedikasi dan sumbangan beliau dalam bidang akademik, penyelidikan serta khidmat profesional.

Warga Jabatan Parasitologi dan Entomologi Perubatan turut menzahirkan ucapan tahniah dan berharap agar pencapaian ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan yang berterusan, seterusnya memperkukuh sumbangan beliau dalam pembangunan bidang kepakaran serta kecemerlangan Fakulti Perubatan dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Aishah Hani binti Azil atas pencapaian yang membanggakan ini.