TAHNIAH ATAS KENAIKAN PANGKAT PUAN SITI NOR AZREEN ABD MANAP

16 April 2026 | Cheras

Warga jabatan merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Puan Siti Nor Azreen Abd Manap atas kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Penyelidik Gred Q12, berkuat kuasa pada 6 April 2026.

Kenaikan pangkat ini merupakan satu pengiktirafan terhadap komitmen, dedikasi dan sumbangan beliau dalam melaksanakan tanggungjawab serta tugas yang diamanahkan.

Seluruh warga jabatan mendoakan agar Puan Siti Nor Azreen terus mencapai kecemerlangan dan memberikan sumbangan yang bermakna dalam bidang penyelidikan serta kepada Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tahniah dan selamat maju jaya atas kenaikan pangkat!